السلام عليكم ورحمةالله وبركاته.
بسم الله الرحمن الرحيم.
SIAPAKAH DIRIKU?
Kita selalu merujuk diri kita sebagai aku..kita berkata;
“INI AKU”,
“INI AKU PUNYA”,
“INI BADAN AKU”,
“NAMA BAPAKU SI ANU”,
Dan sebagainya..
Pernahkah kita terfikir siapakah aku kita itu?
Apakah aku kita itu?
Siapa sebenarnya aku itu?
Pernahkah kita terbayang apakah aku kita itu?
Sebenarnya aku kita ini adalah roh kita, Bukan badan kasar ini, Badan kasar ini akan mati sekiranya tiada roh, Sekiranya tiada roh, Badan kita akan hancur binasa..
Roh kita inilah diri kita yang sebenarnya..
Roh ini hidup dan takkan mati..
Roh inilah juga zat diri kita..
Roh ini juga adalah limpahan yang maha hidup iaitu ALLAH SWT.
ALLAH itu hidup.
Dia mempunyai sifat hayat.
Maka hidup (ROH) kita adalah limpahan daripada hayat ALLAH SWT itu.
Roh ini juga digelar “Bayangan” yang maha hidup itu.
Roh itu bayang kepada yang empunya bayang.
Yang empunya bayang itu ialah ALLAH SWT.
Dan roh kita itu adalah ibarat “Bayangan” ALLAH itu.
Demikian pendapat pendapat ahli ahli sufi.
ALLAH SWT itu tidak kelihatan, Maha ghaib dan tidak ada sesuatu pun yang seumpama dengannya.
Bagaimana kita dapat tahu adanya sesuatu yang tidak kelihatan dan tidak terperikan.
Ibarat angin, Kita tidak nampak angin, tetapi bagaimana kita tahu angin sedang bertiup dan angin itu ada?
Kita tahu ada anginnya itu kerana ada kesannya. Bilamana daun pokok itu bergoyang, Kita tahu angin sedang bertiup. Kalau kita rasa hembusan, Maka itu hembusan angin sebagainya.
Goyangan daun dan hembusan itu adalah tanda tanda adanya angin. Kita tidak nampak angin tetapi kita tahu adanya angin melalui tanda tandanya.
Demikian jugalah keadaannya ALLAH SWT. Kita tidak nampak dia, Tetapi kita rasa dan percaya adanya melalui tanda tandanya.
Tanda tanda ALLAH SWT itu alam semesta raya ini. Tanda tanda ini dalam bahasa arab “KALAM”.
Oleh itu, alam semesta raya ini dan diri kita ini adalah kalam kalam ALLAH SWT belaka.
Roh sangat tinggi martabatnya, Melebihi peringkat malaikat. Tempatnya disisi ALLAH SWT yang maha tinggi.
Roh inilah yang mengenang ALLAH (ZIKRULLAH) seolah olah kerjayanya ialah mengenang ALLAH SWT sahaja. Seolah olah makan minumnya ZIKRULLAH sahaja.
Roh yang suci ini sentiasa mentauhidkan ALLAH SWT yang maha suci. Najis padanya yang menyekutukan ALLAH SWT.
Roh ini sangat cinta kepada ALLAH SWT. Ia memuja dan memuji ALLAH SWT sentiasa. ALLAH SWT itu kekasihnya, Cukuplah ALLAH SWT itu baginya.
Tahukah kita bahawa aku kita itu adalah roh yang datang dari ALLAH SWT, Hidup dengan ALLAH, Dan kembali kepada ALLAH.
ALLAH SWT itulah pengkalan tempat bertolak, Lautan yang dilayari dan perlabuhan tempat berhenti.
Jika dikaji dalam dalam, Kita akan sedar dalam pandangan kerohanian bahawa ALLAH SWT itu adalah tempat awal permulaan perjalanan kita.
Dialah tempat perjalanan itu sendiri. Dan ALLAH SWT itu jugalah distinasi akhir perjalanan hidup ini.
Tempat bertolak, perjalanan dan distinasi yang dimaksudkan disini bukanlah dari segi pandangan fizikal yang tertakluk kepada ruang dan waktu.
Tempat perjalanan dan distinasi yang dimaksudkan disini ialah dari segi pandangan rohaniah, perasaan dan khayalan kita.
Aku atau roh kita adalah tanda tanda atau kalam ALLAH SWT. Roh itu juga bayanganya dan penzahirannya.
ALLAH SWT itulah;
Yang awal, yang akhir.
Yang batin dan yang zahir.
Aku yang paling dalam itu bersifat kerohanian.
Jika aku itu dibersihkan pandangannya melalui ZIKRULLAH dan latihan kerohanian orang orang sufi, Maka aku itu akan mencapai satu tahap pandangan dimana ia rasa wujud ini adalah esa juga.
Menurut pandangan ini, wujud itu ada bertingkat tingkat, Bertahap tahap dan pelbagai aspek, namun ia tetap satu.
Segala yang ada kelihatan, baik yang zahir mahupun yang batin, Semuanya satu wujud sahaja, pada hakikatnya.
Sekali lagi diulangi bahawa aku kita itu adalah roh kita dan itulah juga diri kita sebenarnya.
LAU LAA KA YA MUHAMMAD
MA KHALAQTU AL AFLAQ
Kalau bukan kerana dirimu MUHAMMAD,
Tiada aku jadikan alam semesta ini.
Aku itu juga adalah ayatollah (Tanda tanda ALLAH ) Kerana seluruh alam raya, Yang ghaib dan yang nyata, Adalah tanda tanda wujudnya ALLAH SWT.
Aku itu juga digelar ROHULLAH (ROH ALLAH) Kerana roh itu adalah hembusan daripada roh ALLAH atau limpahan roh ALLAH SWT.
Aku itu juga digelar NURULLAH (Cahaya ALLAH) Kerana setiap roh itu adalah cahaya. Digelar cahaya kerana setiap yang menampakkan sesuatu digelar cahaya.
NABI NABI itu cahaya ALLAH kerana melalui NABI NABI kita dapat mengenal ALLAH SWT melalui ajaran dan didikan mereka.
Aku itu juga digelar Ma’lum dalam ilmunya. Ma’lum ertinya “Yang diketahui”. ALLAH itu ‘alim (Yang mengetahui). Setiap yang mengetahui tentu berpengetahuan (Berilmu). ALLAH itu berilmu, Sebab itulah ia ‘Alim.
Setiap yang ‘Alim tentu ada ilmu dan ada perkara yang diketahuinya. Perkara yang diketahui itu digelar Ma’lum (Yang diketahui). ALLAH SWT itu ada ilmu dan dalam ilmunya ada Ma’lum.
Roh kita ini termasuk dalam ilmu ALLAH SWT. Maka roh kita itu Ma’lum ALLAH. Maka itulah yang dikatakan itu roh itu Ma’lum dalam ilmu ALLAH SWT.
Aku atau roh itulah yang dapat mengenal ALLAH SWT bukan badan kasar ini yang mengenalnya. Melalui roh itu kita mengenal ALLAH SWT.
Wadah atau bekas tempat ALLAH SWT mentajalikan (Menzahirkan) dirinya kepada kita ialah roh kita.
Roh itu digelar juga hati. Bukan hati fizikal itu tetapi hati yang bersifat kerohanian.
Aku ini memang hampir dengan dengan ALLAH SWT. Aku dan ALLAH tidak bercerai berai dari dulu, Sekarang dan selamanya. Ibarat ombak tidak bercerai dengan laut.
Dari sudut manapun wujud semesta raya itu tetap mengelilingi aku. Ia meliputi aku dari kiri, kanan, atas, bawah, depan, belakang, luar, dalam, bahkan dari mana sahaja.
Hampir “mengelilingi” itu bukan dari segi ruang dan waktu yang boleh diukur dengan panjang, lebar, dalam, atau dari segi masa dan waktu.
Hampir dan mengelilingi itu adalah dari segi pandangan rohaniah atau kerohanian. Hanya orang yang berada dalam pengalaman rohaniah sahaja yang faham akan maksudnya.
Wujud semesta itu “Meliputi”, merangkumi”, Berpadu”, dan ” Bersatu, ” Dengan aku. Aku terserap dalam wujud semesta ini.
ALLAH itu batin dan aku itu zahirnya.
ALLAH itu hakikat dan aku itu bayangannya.
Dia asal dan aku terbitannya.
Dia elektrik dan aku lampu.
Dia dalang dan aku boneka.
Gerak aku digerakkan olehnya.
Memang aku itu ada (MAUJUD)
Wujud aku dengan limpahan Wujud yang maha agung (ALLAH YANG WAJIBUL WUJUD).
Hidupku limpahan hayatnya.
Aku mengetahui dengan limpahan ilmunya.
Berkuasanya dan berkehendaknya aku adalah limpahan Qudrat dan iradatnya.
Aku berkehendak dan dia lagi maha berkehendak. Kehendak aku tertakluk kepada iradatnya.
“LIMPAHAN” disini bererti kurniaan dan terbitan atau penzahiran atau dijadikan ataupun kesan.
Yang maha wujud itu ALLAH. Aku dan alam semesta raya adalah limpahan nama nama dan sifat sifat yang maha wujud itu.
Setiap nama dan sifat ALLAH terzahir pada aku dan alam semesta raya ini.
Aku ini ada sifatnya itu;
Hayat atau hidup, ilmu atau pengetahuan, pendengaran, penglihatan, kudrat atau kuasa, iradat atau berkehendak dan berkata kata.
Semua sifat sifat ini adalah adalah limpahan daripada sifat sifat ALLAH belaka.
Aku yang hakiki itu tiada bercerai dan tiada terpisah dengan sifat sifat ALLAH dan ALLAH itu sendiri.
Wujud aku itu sebenarnya ada di wujud semesta raya itu.
Aku yang bersifat rohaniah semata mata itu terasa cukup baginya ALLAH SWT sahaja. ALLAH itulah segala galanya bagi aku. Kepada ALLAH itulah aku itu mengadu dan berharap.
Pandangannya tertumpu pada ALLAH SWT. Tenggelamlah aku itu dalam lautan ketuhanan ALLAH yang maha luas dan dalam.
Dalam keadaan perasaan dikembalikan kedalam lautan ketuhanan yang maha luas dan dalam itu, Aku tidak berasa takut, tidak berasa dengki, tidak berasa kecil hati sesama makhluk.
Pada pandangan aku itu, makhluk itu hakikatnya tiada apa apa, Wujud makhluk bukan hakiki, hanya bayangan sahaja iaitu bayangan wujudnya ALLAH. Hanya ALLAH jua yang wujud.
Namun;
Aku tidak akan menjadi dia (iaitu ALLAH)
Aku tetap aku.
Dia tetap aku.
Walaupun aku dan dia “Bercerai” tetapi tidak “Bertanggal”.
Aku tidak boleh bersatu dengan dia.
Bagaimana aku nak bersatu kerana aku sebenarnya tiada /ADAM /kosong / tidak wujud, yang ada hanyalah dia juga.
Yang nampak itu sebenarnya tiada..
Yang tidak nampak itulah sebenarnya ada..
Aku tidak patut dipuji kerana ia ” KOSONG” .
Yang maha wujud hakiki hanya ALLAH.
Aku tidak memuji GHAIRULLAH selain ALLAH jua kerana GHAIRULLAH itu pun kosong juga.
Yang patut dipuja dan dipuji hanya yang wujud hakiki itu sahaja. ALLAH ALLAH ALLAH yang wajibul wujud.
ان شاءالله الحمدلله امين يارب العالمين.
Komentar